"Speak properly, and in as few words as you can, but always plainly; for the end of speech is not ostentation, but to be understood." William Penn
Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 18, 2011

Kesyukuran Saya

Alhamdulillah. Hari ini masih bernyawa. Masih menghirup udara segar. Masih merasa sejuknya angin hujan.
Dugaan datang bertimpa. "Selepas satu, satu jatuh. Redha saya pada yang jadi. Ikhlas saya dalam kata-kata. Ikhlas saya dalam urusan saya. Astaghfirullah di saat dada sempit." Terluah dari dalam hati. Terluah dari dalam dada. Semua yang terasa, semua yang dicerna oleh hati, saya telan semua. Pahit kelat, telan juga. Tidak kerana tiada pilihan kedua malah ketiga. Kerana ini semua kurniaan-Nya. Tiada dugaan tak mampu di lalui. Tiada dugaan tak mampu dijalani. "Allah tidak akan menduga seandainya Dia tahu hambanya tidak mampu menanggungnya." Sekiranya Maha Pencipta percaya akan kudrat dan semangat saya, siapa saya untuk meraguinya? Siapa kita untuk persoal takdir tulisan ketentuan-Nya? Jalannya hidup kita, mungkin terasa seperti kita yang memilih jalan laluan penceritaannya. Tapi tidak ada satu pun akan berlaku tanpa keredhaan-Nya. Mengapa perlu mempersoal? Allah itu lebih mengetahui, malah perancang segalanya, apatah lagi Dia adalah pencipta segenap alam maya.

Cabaran hidup saya terasa amat berat di kala menanggungnya. Sesaat menyaksi dugaan dan cabaran yang lainnya, syukur saya, Allah menyedarkan saya, dugaan saya tidaklah seberapa. Alhamdulillah untuk kesedaran yang tidak terlalu lewat datangnya. Tidak bekerja. Ramai senasib yang sama. Tidak mempunyai kertas bersegi empat biru, hijau, merah dan turquoise yang banyak. Masih lagi berpeluang bernafas sihat walafiat dibumi yang serba indah dan mewah. Alhamdulillah. Di saat kesukaran terasa, Allah tunjukkan pula, akan ada rezeki di mana-mana dalam pelusuk dunia. Alhamdulillah. Diterima bekerja sebermula Isnin, 21 November 2011. Alhamdulillah saya bersyukur.Alhamdulillah saya gembira. Terima kasih ya Allah untuk rezeki ini.

Semoga rasa syukur dalam dada tak pernah putus. Doa saya sebelum menutup mata, semoga sihat-sihat semua, ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan serta saudara mara. Semoga rezeki yang diberkati, dikurnia kepada kita semua.

Asalamualaikum.

No comments:

Post a Comment