Kamu menulis.
seperti tiada yang membaca.
Kamu menulis.
mencurah semua di dada.
Kamu menulis.
kamu ghairah untuk bercerita.
Kamu menulis.
Seperti semuanya "tidak apa".
Kamu menulis.
Kamu tak tahu ruang pembaca.
Kamu menulis.
menjadikan dia sebagai focus utama.
Kamu menulis.
mengharap ia menjadi satu epic cerita cinta.
Kamu menulis.
kamu tak tahu, ada hati bakal terluka.
Kamu menulis.
cerita cinta yang aku berwatak sampingannya.
Kamu menulis.
mengagung-agungkan si dia.
aku membaca.
meneka cerita sebenar.
aku membaca.
aku sedar apa yang berlaku di balik ia.
aku membaca.
mencari kesimpulannya.
aku membaca.
dan aku berlalu.
tak mahu menjadi si antagonis tak bersuara.
aku membaca.
aku tahu.
kamu juga terluka.
aku membaca.
lalu aku putuskan.
semoga kamu menemui bahagia.
dengan tulisan dan luahan itu.
kerana pernah di situ pernah berbuat yang sama.

No comments:
Post a Comment