"Speak properly, and in as few words as you can, but always plainly; for the end of speech is not ostentation, but to be understood." William Penn
Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 3, 2011

Gembira tapi tak hepi

1.1.11. 

Pagi-pagi  pukul 5 aku pegi mendaki Broga Hill dengan kawan-kawan RA. Penat tak terkata la. Memang penat. Dah la dengan tak stretching apa sume. Takot je cramp kaki masa naik tu. Tapi Alhamdulillah takde apa yang jadi pon. Cume masa naik tu, rasa kejang je kaki aku. Tapi aku buat tak tau, naik gak la. Bile sampai atas, fuuh! Angin dia sejuk. Best woo..da peluh-peluh tu, tiba-tiba angin sejuk bertiup. Heaven if I were to exaggerate. hihi! 

Lepas tu, kite sume duduk-duduk, borak-borak, amik gambar. Cerah sket, nampak la awan-awan yang cantik. Matahari pon tunjuk muka. Waaa.. Masa tu sangat cantik. Terbayar penat lelah sume-sume. Diorang-diorang bersepakat nak duduk je kat check point pertama. Tapi aku nak naik lagi. Rugi kot kalo tak naik sampai abes. 
So, jalan lah lagi, amik-amik gamba lagi. Alhamdulillah, indah sungguh ciptaan Allah s.w.t. 

Lepas kat Broga Hill tu, kite pegi Sungai Gabai plak. Oh! Journey yang ni memang aku tak boleh terima la. Tangga dia tinggi sangat. Mendaki Broga pon tak sakit camni. Banyak kali aku berhenti. Tapi nak tak nak, sampai jugak ke atas dan bermandi mandalah kami di sana. Makan makanan yang simple tapi sedap. *lapar, sedap la.

OKEH! HABIS DAH PART GEMBIRA. 

Lepas balik dari BROGABAI tu, aku pon balik, tido kejap kat bilik. Bangun-bangun je rasa lapar + cam ada kegatalan tangan nak membuat pembaziran.Pegi Mines dengan kawan. Nak carik phone. Bajet aku dalam RM700. Awal-awal aku nak beli Nokia E5. Aku pon membuat survey, dapat harga RM710 kat kedai pertama. Ok dah tu. Lepas tu, gatal lagi kaki. Pegi tengok kat kedai lain plak. Kedai lain tu, dia nak amik Sony Ericsson Yari aku, RM 200. Dia punye putar belit cerita, dia offer Nokia E71, aku cume kena tambah RM600. Aku mintak original set, Avaxx or Zitron. Ntah camne ntah, dia cite-cite, aku pon beli la fon tu. 

Bile balik, aku belek-belek, phone tu bukan original set, dia AP set. Bengang di situ. Aku pon rasa tak puas ati. Aku nak mintak tukar. Sebab dia bagi harga untuk set original. Tapi aku dapat AP set. Rasa kene tipu. 

Sket-sket gamba yang di ambil dari kawan aku. 

awal-awal pendakian. gigih! 

kat Gabai. 

Selepas turun. Muka pon da terurus. 

Cantik. Alhamdulillah, ciptaan Allah s.w.t

Kejaiban ke 8 dalam dunia:
dia diam sebab tak cukup nafas nak membebel. 

Siap bawak bantal lagi ok. 

Sume masih bersemangat. 


2.1.11 

Lepas melawat kawan kat Hospital Serdang, aku pon pegi Mines dengan kawan-kawan aku tu. Pegi kedai tu, dia kata, "semalam u memang mintak set ini la." Aku cakap aku tanak AP set. Aku nak tukar Original set. Dia kata, tak dapat nak tukar. Kalau nak tukar Nokia E71 tu kene tambah lagi RM400 lebih kurang lagi. -pergh!! Hangin tol aku. Lepas da bincang + pikir + tolak rasa tak puas ati tu, aku pon ikot la cadangan kawan-kawan aku, amik je Nokia E5. Tapi. Yang paling TAK best. Kene tambah lagi RM240. Ni memang haram. Aku pon da malas nak sakit ati lagi. Aku bayar cam bayar RM240 kat budak pengkid tu. Aku blah. 

Tapi kat sini, memang aku tak puas ati. Gile2. Lepas je dari kedai tu, aku menjerit memaki hamun. Ye, memang nampak sangat tak sopan. Tapi geram tersangatnye. MENCAROT! 
Sampai ke saat ni, aku masih rasa tak best + bengang. 

hurgh! 
Dalam gembira aku spend masa dengan kawan-kawan pon, aku masih tak hepi dengan kejadian bodoh tu. 






No comments:

Post a Comment