Saya tak pandai berkata-kata. Saya tak pandai berbahasa. Tapi saya tahu merasa.
Saya senang terasa. Senang juga marahnya. Tapi akan tiba di satu masa di mana saya mampu memujuk untuk tidak lagi berasa marah, dengki, iri dan juga benci. Takde sapa yang paksa. Tapi ini ialah saya.
Perkara yang terjadi baru-baru ini adalah sangat menyakitkan hati. Berat nak mengaku. Saya juga terasa sedih. Tersangat sedih. Disini hari ini ingin saya katakan apa yang saya rasa selama ni. Juga niat hati saya. Untuk kebaikan diri saya sendiri, walaupun mungkin ni bukan apa yang orang terlibat mahu rasa benda yang sama.
Sejujurnya, saya susah berkawan. susah nak rapat. susah juga nak benci. Kalau di awal saya tak jumpa apa-apa tarikan untuk berbaik-baik dengan orang, saya akan jadi neutral. Saya cuba bergurau, saya cuba bercakap dengan mereka. walaupun saya sedar, orang akan sedar betapa tak genuine-nye cubaan saya berbaik-baik ni. sebab ini memang saya. saya tak pandai pura-pura. bile suka, saya kata suka. bile benci, saya kata benci. itu ialah saya.
Berkenaan apa yang terjadi dua hari lepas. Pertelingkahan antara trip ke Langkawi dan juga MAG. Benda ini menjadi sesuatu yang sangat panas dan menyakitkan hati banyak pihak. Saya juga di antara yang terlibat. Di antara yang panas hati, di antara yang berkata-kata, dan di antara yang rasa sangat marah.
Saya mengaku. Marah. Panas hati. Saya rasa tu. dan saya mengeluarkan apa yang saya rasa dalam bentuk kata-kata. Tak boleh bagi alasan yang saya berkata-kata sebab saya tiada tempat mengadu. Tak. Saya post benda tu, sebab hati saya da tercuit dengan apa yang orang kata.
Alasan yang kamu beri, "wrong post at the wrong time." Itu kata kamu. tapi kamu juga perlu mengaku, kamu sengaja. "perli-memperli" bukan la sesuatu yang baru lagi. semua orang "master" dalam benda ni. Saya tak kenal kamu. Tapi saya pernah bekerja dengan kamu. Saya tak kan kata faham, kenal dan tahu kamu. Saya tak tahu apa-apa pasal kamu. dan saya berharap terus-terusan tak mengenal kamu.
Tapi saya nak kata, "ambiguity leads to misunderstanding. which leads to hating.and cursing" kalau kamu bangga dengan ambiguity itu, teruskan. saya nak kata, semoga kamu baca dan tahu. saya tercuit dengan apa kamu kata. saya terasa. sebab saya menyaksikan kawan saya berusaha. itu yang terjadi. dia menangis dan bersusah. kenapa saya marah? tentu saya marah. kamu memperlekeh usaha kawan saya. ye. saya pernah bekerja dengan kamu. saya takkan kata kerja kamu teruk, atau kerja saya lebih baik. tapi, kamu sendiri tahu apa yang kamu buat. kamu sendiri patut dah sedar takat mana usaha kamu. kalau kamu rasa kamu betul dan bagus. tak perlu terasa. tak perlu nak marah.
Kamu pernah jadi kawan saya. pernah berkongsi makan minum, sabun, bantal tilam dan kisah suka duka dengan saya. jangan ingat saya tak value itu semua. saya value. semua benda tu penah jadi. tipu kalau saya tak tersentuh dengan benda yang jadi 2 tahun lepas. kite pernah berkawan. saya tak pernah mengikuti perkembangan kamu. kenapa? saya rasa, "things which i don't know will not hurt me" ye. untuk kamu saya berpegang pada itu. ye. saya tak pernah amik tahu hal kamu. dan ya. orang sentiasa berkata pasal kamu. bercerita semua kepada saya. saya ketawa. saya berlawak. tapi dalam hati, saya kata benda yang berbeza.
saya pernah hantar message pada kamu. kite tak payah nak bermusuh. kite buat hal kita. kita buat hal masing-masing. kite takkan berkawan semula. tapi kalau kite tak rasa apa-apa antara kita lebih bagus. saya juga pernah minta maaf pada semua yang jadi. kenapa saya minta maaf? sebab saya ada buat salah. saya rasa saya salah. tapi, tak bermakna saya minta maaf, semua salah jatuh atas saya. tak bermakna kamu tak buat salah apa-apa. tapi terpulang la pada kamu. kamu lebih pandai berfikir dan berkata-kata. sampai hari ni, sebut "korea". saya ingat pada kamu. kenapa? sebab kita pernah rapat. saya tau kamu suka korea. in fact, kamu di antara yang buka mata saya pada korea. tapi saya tak dapat nak suka.sebab saya memang tak suka. masa kamu bertanding. saya ucap "good luck". saya ikhlas. saya ikhlas ucapkan benda tu. tak panjang. takde ucapan touching2. tapi saya tahu apa maksud saya, tu dah cukup. saya juga mengundi kamu. saya cakap sekarang. ye saya mengundi kamu.saya menyokong kamu.
kamu tahu apa harapan saya untuk Langkawi? sungguh.saya nak kamu pergi. kenapa? saya harap di antara hari-hari terakhir kite bersama, saya dapat gagahkan diri untuk bercakap walaupun, dengan cakap, "u borong apa?" walaupun dengan itu. bukan niat untuk membalikkan masa lama. bukan niat membuka cerita menyakitkan ati. tapi untuk menutup semua ni dengan "a'ah. dia kawan TESL saya. dulu dia penah rapat dengan saya. Tapi then kite jumpa kawan lain, then kite renggang."
saya keras ati. saya kasar. tapi hari ni saya beritahu apa sebenar yang ada dalam hati saya. niat saya. lagi satu. di masa kamu break up dengan bf kamu, betol saya harap dapat nak call kamu. kenapa? kenapa saya nak kepoh? sebab saya tahu kamu tentu sedih. saya nak sangat amik tahu hal kamu masa tu. tapi tu lah.saya keras ati. Jujur hati saya, saya rasa nak berkongsi sedih tu dengan kamu. mungkin satu hari, satu hari yang lain. mungkin kite mampu berkongsi.
kamu. saya cuma nak bergelak ketawa. saya terus rasa lucu. saya terus rasa kelakar. kamu ingat kamu penting. kamu di kesamping. kamu tak sedar. kamu hide. kamu sembunyi. satu saya nak kata. "Why hide when you are already invisible?" ada kamu, takde kamu, tak menjadi masalah dan kudis pada saya. kata-kata kamu, sikit pon tak mencuit saya. nasihat-nasihat kamu sikit pon tak saya dengar. sekali lagi.saya tak kenal kamu. saya tak amik tahu pasal kamu. tapi sungguh, saya suka dengar cerita tentang kamu. cerita yang di ceritakan dan dicanang oleh kawan-kawan kamu sendiri. ye. kamu menjadi bahan. buka mata. "ada aku kesah?" hidup mati kamu tak menjadi masalah bagi saya.
di sini saya nak kata, saya ada niat nak meninggalkan kenangan manis bersama-sama. saya juga berniat nak mengakhiri zaman pembelajaran saya dengan cerita yang baik-baik sahaja. tapi susah. susah. tapi bukan mustahil. saya tak pandai mengeluarkan dalil. saya bukan orang yang layak menasihat. mengingati diri sendiri juga payah, lagi mahu menasihati yang lain. sebelum saya mengubah tindakan dan kata-kata orang, saya mencuba mengubah sikap dan tindakan saya. saya sedar, saya tak mampu dan layak lagi untuk menegur. sedar diri kata orang.
Untuk Asiah Haron:
"setiap apa yang jadi, ada baik dan buruknye. ada hikmah dan pengajarannya. maka Asiah Haron, kau belajar lah dari apa yang jadi. sesungguhnye, kau dapat mengawal diri kau dari memperkecilkan orang. takde sapa yang rasa apa yang kau rasa, takde sapa yang tahu apa yang ada dalam hati kau tu. semoga kau takkan memperlekehkan orang di lain hari. kau tau rasanya, jangan beri orang peluang yang sama. takde sapa perlu rasa tak best sebab orang da buat dia rasa tak best. kau pernah buat orang, mengaku. kau juga pernah rasa sedih. bila kau pernah buat orang, dan kau terkena balik, tak payah merungut lebih-lebih. Allah S.W.T tu maha adil. hari ni kau buat tak baik kat orang, esok-esok kau kene balik. semua orang ada bahagian masing-masing."
p/s Kalau kita tak jumpa benda yang menyakitkan kita, kite takkan sedar letak diri kita kat mana.

No comments:
Post a Comment